| Nama | : | Siti Nurul Amirah Binti Azmi. |
| Umur | : | 28 Tahun |
| Ahli | : | 2019 |
|
Latar belakang |
|
Siti Nurul Amirah merupakan seorang suri sepenuh masa. Beliau banyak menghabiskan masa terluang dengan melayan anak-anaknya dan kini beliau semakin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan atas talian. Beliau bermula sebagai dropship 1 jenis barang sahaja dan kini produk jualan beliau sudah dipelbagaikan. Antara produk yang beliau niagakan ialah bantal hilton, aura terapi roll on, herba kurus tradisi dan minuman fresa fresher. |
|
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI |
|
Beliau mempunyai asas pengetahuan tentang dunia ICT dan komputer tetapi bidang pemasaran beliau masih dalam proses pembelajaran. |
|
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI |
|
Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Selain itu juga beliau kini sudah berjinak-jinak dengan platform shopee bagi memperluaskan pemasaran produk jualan beliau. |